Bos Qu Puteh Ini Ada 10 CROWN, Paling Mahal Harga RM100,000

Bos Qu Puteh Ini Ada 10 CROWN, Paling Mahal Harga RM100,000

Betul kata orang, kalau dah kaya apapun boleh dibuat dan dimiliki ikut kemahuan dan rasa hati. Sebagai contoh, pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Hazmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida dengan tiara yang selalu dipakainya ke mana-mana sahaja beliau pergi.

Bos Qu Puteh Ini Ada 10 'Crown', Paling Mahal Harga RM100,000
Bos Qu Puteh Ini Ada 10 'Crown', Paling Mahal Harga RM100,000
Kalau anda peminat setia program Gegar Vaganza yang mendapat sambutan hangat, anda akan perasan Datuk Seri Vida akan memakai tiara yang berbeza-beza setiap minggu.



“Crown yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100 ribu lebih. Manakala yang murah pun harganya adalah dalam lingkunganRM10K lebih.

“Setakat ini saya ada 10 crown yang ditempah di Hong Kong. Dah jadi hobi saya suka kumpul dan pakai crown ini sejak lima tahun lalu. Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.



“Saya biasanya pakai crown ini semasa promosi produk-produk saya atau ada event-event tertentu yang memerlukan saya tampil menarik. Jadi kenalah saya pakai crown yang senang suai padan dengan baju-baju,” katanya.

Datuk Seri Vida berkata dia mempunyai impian dalam diam untuk memiliki kedai emas miliknya sendiri suatu hari nanti.

“Saya minat sangat dengan barang-barang kemas tetapi saya sibuk sangat sampai tak ada masa. Jadi saya terpaksa tangguhkan dahulu sehingga saya bersedia kelak,” katanya lagi.

Begitulah kisah beliau dengan tiaranya yang memang mencuri tumpuan kalau di mana-mana program khususnya yang Qu Puteh taja antaranya seperti Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil dan Jehan Muse.

Kalau sudah kaya, apa sahaja yang cantik dan menarik untuk dipakai boleh menjadi hobi dan mampu dipenuhi pada bila-bila masa.
– PRU14.tv

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post