Keadaan berjerebu di beberapa negeri semenanjung pada Khamis, 22 Oktober 2015 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras tidak sihat
Berita Terkini Senarai Sekolah Cuti Jerebu ESOK 23.10.2015 |
Malah kualiti udara di negeri utara semenanjung, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencecah ke paras sangat tidak sihat (201-300) menurut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia setakat jam 5 petang
Susulan daripada keadaan jerebu yang berterusan melanda negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengumuman bagi memaklumkan sekolah di negeri, daerah atau bahagian kawasan dilanda jerebu teruk yang perlu ditutup esok (23 Oktober 2015, Jumaat) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid tidak terjejas
SENARAI NEGERI PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU
Bagi memberikan maklumat terkini dan tepat, MYsumber akan mengemaskini senarai negeri/ bahagian/ kawasan yang terlibat dengan penutupan sekolah esok, sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh KPM
jam 5.39 petang
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media pada petang Khamis telah memaklumkan bahawa sekolah di negeri dinyatakan seperti dibawah perlu ditutup dan pelajar diberi cuti sehari pada Jumaat 23 Oktober 2015
Penutupan Sekolah Pada 23.10.2015 Akibat Jerebu
Penutupan sekolah di seluruh kawasan / daerah (negeri) adalah seperti berikut
Perlis
Pulau Pinang
Perak
Menerusi kenyataan media yang sama, KPM turut memaklumkan sekolah di negeri dan kawasan / bahagian / daerah yang ditutup pada Khamis (22 Oktober 2015) perlu dibuka semula sesi persekolahan hari esok (Jumaat, 23.10.2015)
Negeri sekolah yang ditutup hari ini perlu dibuka semula esok adalah seperti berikut
Pembukaan Sekolah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Negeri Sembilan
Selangor
Pahang – Betong
Sarawak – Bahagian di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong
LAMPIRAN KENYATAAN RASMI MEDIA KPM
Pautan Sumber: mysumber.com
Post a Comment