Keadaan berjerebu di beberapa negeri semenanjung dan bahagian di negeri Sarawak pada Rabu, 21 Oktober 2015 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda selain berada pada paras tidak sihat
Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu esok 22.10.2015 |
Malah kualiti udara di kawasan Shah Alam di negeri Selangor mencecah paras sangat tidak sihat(201-300) menurut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia setakat jam 4 petang
Berikutan daripada keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka akan membuat pengumuman bagi memaklumkan sekolah di negeri, daerah atau bahagian kawasan dilanda jerebu yang perlu ditutup esok (22 Oktober 2015, Khamis) bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar
SENARAI NEGERI PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU
Bagi memberikan maklumat terkini dan tepat, MYsumber akan mengemaskini senarai negeri/ bahagian/ kawasan yang terlibat dengan penutupan sekolah esok, sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh KPM
5.27 petang
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media pada petang Rabu telah memaklumkan bahawa sekolah di negeri dan daerah/ bahagian yang dinyatakan seperti dibawah perlu ditutup dan pelajar diberi cuti sehari pada Khamis 22 Oktober 2015
Penutupan Sekolah Pada 22.10.2015 Akibat Jerebu Penutupan sekolah di seluruh kawasan / daerah (negeri) adalah seperti berikut
Negeri Sembilan
Selangor
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya
Perak Pulau Pinang Kedah Perlis
Penutupan sekolah melibatkan beberapa daerah / bahagian sahaja adalah seperti berikut
Pahang – Penutupan sekolah hanya membabitkan daerah di Bentong
Sarawak – Penutupan sekolah hanya membabitkan bahagian di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong
LAMPIRAN KENYATAAN RASMI MEDIA KPM
Pautan Sumber: mysumber.com
Post a Comment