Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu sidang media yang diadakan pada pagi Ahad, 4 Oktober 2015 berhubung isu jerebu mengumumkan sekolah negeri terbabit dengan masalah jerebu yang serius akan di tutup dan pelajar diberi cuti selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015)
BERITA TERKINI senarai sekolah cuti jerebu 2 HARI 5-6.10.2015 |
Manakala sekolah di negeri Kedah, Terengganu dan Johor bagi sesi persekolahan petang pada hari ini, 4 Oktober 2015 (Ahad) diarahkan ditutup, semua pelajar dan guru tidak perlu hadir ke sekolah
Beliau turut memaklumkan sekolah-sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini ekoran masalah jerebu
Sementara itu, PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu
SENARAI NEGERI SEKOLAH DI TUTUP
Semua sekolah negeri dilanda jerebu teruk yang diarahkan ditutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Isnin dan Selasa, 5 dan 6 Oktober 2015 adalah seperti berikut
NEGERI
Perlis
Kedah
Perak
Kuala Lumpur
Putrajaya
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
SENARAI NEGERI SEKOLAH TIDAK DI TUTUP
Berikut adalah senarai sekolah yang tidak ditutup dan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa
NEGERI
Wilayah Persekutuan
Labuan
Kelantan
Sarawak
Sabah
Pengumuman: Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali...
Posted by Dato' Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid on Saturday, October 3, 2015
Pautan Sumber: mysumber.com
Post a Comment