Arkib Negara Kesal Tok Janggut Masih Dianggap Penderhaka

Arkib Negara Kesal Tok Janggut Masih Dianggap Penderhaka

BACHOK Arkib Negara kesal dengan tindakan segelintir pihak luar memutarbelitkan fakta sebenar sejarah dengan melabel dan menganggap pejuang kemerdekaan tanah air seperti Tok Janggut sebagai penderhaka.

Arkib Negara Kesal Tok Janggut Masih Dianggap Penderhaka
Arkib Negara Kesal Tok Janggut Masih Dianggap Penderhaka
Ketua Pengarah Arkib Negara, Azemi Abdul Aziz berkata, tokoh berkenaan sering diberi gambaran negatif dalam versi Barat.

Walhal kewujudan tokoh seperti Tok Janggut merupakan manifestasi daripada rasa tidak puas hati terhadap undang-undang dan cara pentadbiran British yang menentukan perjalanan pentadbiran negeri dan kehidupan rakyat, katanya.

Beliau berucap pada Majlis Memperingati 100 Tahun Tok Janggut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, hari ini yang dirasmikan Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed dan turut dihadiri lebih 300 pelajar.

Tujuh kertas kerja dibentangkan oleh tokoh sejarah, antaranya Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria dari Universiti Malaya, Prof. Harun Daud (UMK), Dr. Mohamad Samsudin (Universiti Kebangsaan Malaysia), Dr. Nik Haslinda Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia) dan Savumthararaj a/l Gopal dari Arkib Negara Malaysia. BERNAMA



Sumber: mynewshub

Post a Comment

Previous Post Next Post