SEREMBAN – Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan kurus kering di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat sawan kira-kira 1 tengah hari Rabu.
Al Fatihah - Remaja OKU, Muhammad Firdaus Meninggal Dunia |
Pada 21 Jun tahun lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan cukup menyedihkan di rumahnya ketika operasi pendatang asing tanpa izin dilakukan dekat rumahnya oleh pihak Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.
Dia yang kurus kering ditemui dikurung dalam sebuah bilik yang sangat kotor dan terdapat najis di merata-rata yang sudah kering sebelum diselamatkan serta dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan.
Susulan kes tersebut, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41 tahun; ditahan polis dan pada 17 November lalu, wanita itu dihukum penjara empat bulan selain denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.
Ini kerana dia didapati bersalah kerana melakukan pengabaian dan meninggalkan anaknya itu tanpa pengawasan.
Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban.
Al-Fatihah.
– Sinar Harian Online
Post a Comment