Akan Cari Dalang Sebar Foto Aksi Sedang BERCIUM - Fara Mendoza

Akan Cari Dalang Sebar Foto Aksi Sedang BERCIUM - Fara Mendoza

Pelakon baharu Fara Mendoza menganggap ada pihak cuba melakukan khianat terhadapnya dengan menyebarkan foto menunjukkan dia seolah-oleh sedang bercium dengan penyanyi baharu dikenali Zwenstar.

Akan Cari Dalang Sebar Foto Aksi Sedang 'Bercium' - Fara Mendoza
Akan Cari Dalang Sebar Foto Aksi Sedang BERCIUM - Fara Mendoza
Fara, 25, memberitahu tidak melakukan perbuatan kurang sopan itu dan foto berkenaan dirakamkan ketika dia dan Zwenstar sedang melakonkan adegan sebagai pasangan bercinta untuk klip video penyanyi itu berjudul Ku Tahu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian.

"Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.

"Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut," katanya yang dihubungi mStar Onlinepada Isnin.



Foto menunjukkan Fara kononnya sedang bercium dengan Zwenstar mendapat kecaman oleh netizen.

Fara sekali lagi muncul dengan kontroversi baharu apabila fotonya yang dilihat sedang bercium dengan seorang lelaki menjadi viral di internet.

Perkara itu membuatkan ramai netizen mengkritik kelakuan itu dan menyifatkan Fara seolah-olah tidak serik dengan kontroversi yang timbul berkaitan dengan dirinya.

Sementara itu, Fara berkata, dia tidak akan duduk diam dan akan menyiasat siapa dalang yang mengeluarkan foto berkenaan bagi tujuan tidak baik.

"Bagi saya, orang yang cuba merakam gambar itu memang hebat. Saya tengok pun terkejut kerana ia memberi gambaran seolah-olah sedang bercium dengan Zwenstar.

"Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh," tegasnya.

Tambah Fara, dia mengakui pernah menangis kerana sering menjadi bahan kontroversi dan kemudian dikecam orang ramai. Namun, dia reda dan menyifatkan setiap perkara yang berlaku mungkin ada hikmahnya.

"Saya menangis. Ada sahaja yang cuba mengaitkan saya dalam perkara yang saya tidak buat. Malah ada yang kata lebih saya mati. Biarlah, Alllah lebih tahu," tuturnya.

Terdahulu Fara pernah menjadi bualan selepas dia mendedahkan diganggu aktor Fizz Fairuz menerusi mesej di laman sosial aplikasi WeChat.-mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post