JOHOR BAHRU - Tanpa sebarang rasa bersalah, seorang wanita membawa seekor anjing peliharaannya ke dalam pasar raya, menggunakan troli mengundang kemarahan orang ramai.
Wanita Ini Berikan Jawapan Yang Sangat Biadap Selepas Ditegur Kerana Bawa Anjing Ke Dalam Pasar Raya |
Menurut Sharafazleen, kejadian itu berlaku di Tesco Plentong, Johor Bahru dan dirakam oleh dirinya sendiri yang kini telah mendapat 200 perkongsian di laman Facebook.
Beliau juga telah mengadu perkara itu kepada pengawal keselamatan namun respon yang diberikan agak mengecewakan.
"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.
Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu menimbulkan keresahan pada pengguna.
"Sudahlah bawa anjing guna troli, anjing dia kencing pula tu. Dia ingat ini taman perumahan ke apa?" kata netizen.
Apa yang menjadi kebimbangan netizen, ialah troli yang digunakan itu telah dicemari dan menimbulkan kebimbangan pengguna terutama pengguna muslim.
Post a Comment