Terkini Empat Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban, AL-Fatihah

Terkini Empat Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban, AL-Fatihah

Terkini: Empat Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban

Terkini Empat Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban, AL-Fatihah
Terkini Empat Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban, AL-Fatihah
PETALING JAYA: Setakat ini, seramai empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu.

“Pada jam 6 petang (Ahad) waktu Arab Saudi (11 malam waktu Malaysia), Tabung Haji mengenal pasti tiga lagi jenazah. Mereka ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

“Ketiga-tiga mereka dikenal pasti oleh waris dan keluarga yang bersama-sama di Tanah Suci,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, lewat malam Ahad.

Terdahulu, Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak dikenal pasti sebagai jemaah Malaysia yang pertama terkorban dalam insiden itu.

Jamil Khir berkata, secara umumnya proses pengecaman jenazah dilakukan berdasarkan paparan 108 gambar dan barangan pengenalan di rumah mayat.

“Jemaah haji Malaysia dibekalkan dengan beberapa tanda pengenalan diri seperti buku rekod kesihatan, pas dan gelang.

“Tanda pengenalan ini memudahkan dan mempercepatkan segala usaha proses pengecaman dan pencarian dilakukan,” katanya.

Semasa sidang media berkenaan, Jamil Khir turut membuat pengumuman bahawa seorang jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, 71 dari Pantai Remis, Perak yang merupakan antara lapan yang hilang ditemui selamat.

Sehingga kini tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).


Jemaah Haji Malaysia Abdul Muluk Ditemui Selamat

Seorang jemaah haji Malaysia, Abdul Muluk Ishak, 71, yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu, ditemui selamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Abdul Muluk yang berasal dari Pantai Remis ditemui selamat selepas dilaporkan tersasar ke hotel jemaah Thailand pada Jumaat lalu.

“Abdul Muluk merupakan seorang yang mudah lupa. Pada hari kejadian Jumaat, beliau tersasar ke hotel jemaah Thailand dan pihak muassasah Thailand telah menghantar beliau baharu sahaja ini ke Andalusia (pejabat agensi pengurusan haji tempatan) dan beliau dijemput ke ibu pejabat Tabung Haji (di Makkah) untuk pengesahan.

“Saya sahkan Abdul Muluk Ishak yang termasuk dalam senarai lapan (jemaah Malaysia yang hilang) telahpun dijumpai,” katanya pada sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada lewat malam Ahad.

Abdul Muluk merupakan antara lapan jemaah haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang itu.

Setakat ini, seramai empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban.

Empat jenazah yang dikenal pasti ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 (Tanah Merah, Kelantan); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan) dan Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan).

Sehingga kini tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).


Mama beruntung terpilih ‘pergi’ di Tanah Suci – Anak Rohana Ismail

“Kami reda. Mama beruntung kerana pergi (meninggal dunia) di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadat haji. “Bukan semua dapat merasainya,” kata anak mangsa, Rohana Ismail, 54, yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu.

Siti Hamimi Mohd Noor, 27, ketika dihubungi BH Online sebentar tadi berkata, dia mendapat tahu berita sedih itu selepas dihubungi bapanya, Muhammad Noor, 56, yang turut berada di Makkah kira-kira jam 11.30 malam tadi (waktu Malaysia).

“Abah reda dan suaranya seperti biasa (tenang), abah pesan supaya kami adik beradik reda dengan pemergian mama. “Dia bagi tahu kami sepatutnya gembira kerana mama meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan haji.

“Dalam hati saya sekarang hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diri ini, tidak sangka mama pergi begitu cepat,” katanya.

Allahyarhamah adalah antara empat jemaah haji Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu.

Jemaah lain ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37; Munah Jusoh, 73, dan Rusiah Suar, 56.Sementara itu, seorang jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71, yang dilaporkan hilang sudah ditemui semula.

Selain itu, tiga lagi jemaah haji Malaysia yang masih belum dapat dikesan iaitu Shahidan Saat, 52, dari Kodiang, Kedah; Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Dalam kejadian jam 5 petang waktu tempatan itu, seramai 107 terkorban manakala 238 jemaah cedera termasuk 10 rakyat Malaysia. Menurut pengurusan Masjidil Haram,

Makkah, kejadian bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat, menyebabkan kren tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie, menyebabkan sebahagian rangkanya jatuh di bangunan Sa’ie berdekatan mataf.






Al Fatihah. Mereka insan istimewa dan terpilih. Mereka disolati jutaan umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Mereka disolati di dalam Masjidil Haram yang diimamkan oleh imam Masjidil Haram. Ada yang diusung sendiri oleh Raja Salman, Raja Arab Saudi.

Sumber: beritahavoc

Post a Comment

Previous Post Next Post