Seorang anggota Polis maut apabila motosikal yang ditungganya terbabas dan melanggar pokok ketika hujan lebat di persiaran Ulu Langat Seksyen 27 Shah Alam.
Sayu...Luahan sayu di laman sosial sebelum dijemput ajal [3 Gambar] |
Ringkasan Kematian Beliau :
Pada 20 Sept 2015, jam 1405, gerakan shah alam terima maklumat dari megah 1- ocs pondok komuniti alam megah sjn mat zin maklum anggotanya yang sedang bertugas rcj (megah 3) telah terlibat kemalangan. Mangsa terbabas terlanggar pokok kerana hujan lebat di persiaran ulu langat seksyen 27 shah alam. Keadaan mangsa agak parah dan sangat lemah serta banyak pendarahan.
Jam 1406 gerakan telah maklum pihak ambulan klang untuk tindakan lanjut. Gerakan maklum trafik dan SA 24 menghala ke lokasi. Megah 1 dan SA 24 minta gerakan berhubung dengan ambulan supaya cepat ke lokasi kejadian kerana mangsa tidak sedarkan diri. Ambulan sampai di lokasi pada jam 1451 dan maklumkan anggota tersebut telah disahkan meninggal dunia. SA 24 maklum EO trafik untuk maklum IO trafik Insp Faznur untuk tindakan lanjut.
No. Repot shah alam trafik :
Butir- butir mangsa kemalangan
Nama : Mohamad Roslan Bin Jumat
Pkt/No. : L/Kpl 181347
Umur : 26 tahun
Status : Bujang
Asp Mohd Nubli B Ahmad Badri
Pegawai bertugas Dcc Ipd Shah Alam
Ambulan dari Klang sampai 45minit kemudian namun mangsa disahkan meninggal dunia, apa yang menyedihkan rakan-rakan arwah adalah mengenai satu tulisan nya dilaman sosial mengenai kehidupan ajal dan maut.
Itulah yang paling menyentuh hati kini beliau pergi buat selama-lama nya .. ungkapan yang menyentuh hati adalah " Saya melakonkan watak ini sehingga berpisahnya jasad dan badan " beliau juga memohon maaf atas segala perbuatan nya.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian nya. Al-fatihah Salam Takziah
Post a Comment