Sayu : Jeritan terakhir adik Aidil sebelum terkulai layu disisi motosikal

Sayu : Jeritan terakhir adik Aidil sebelum terkulai layu disisi motosikal

Pastinya sesiapa pun tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku namun ini sudah takdir yang maha esa atas apa yang berlaku pada adik comel ini.

Sayu : Jeritan terakhir adik Aidil sebelum terkulai layu disisi motosikal
Sayu : Jeritan terakhir adik Aidil sebelum terkulai layu disisi motosikal
Adik Adil terpaksa menanggung azab yang amat menyakitkan sebelum meghembus nafas terkahir dengan jeritan sayu akibat besi pemijak motosikal telah tersusuk dikepalanya.


Al-fatihah : Mohammad Aidil Aqasha Azhar


Ini lah yang berlakau kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut akibat tertusuk besi tempat pemijak kaki motosikal manakala abangnya patah tangan selepas dihempap motosikal itu dalam kejadian di Felda Pasir Besar, Gemas dekat sini, hari ini.

KLIK SINI UNTUK VIDEO

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, mangsa, Mohammad Aidil Aqasha Azhar, 2, meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya berusia empat tahun dikejarkan ke Hospital Tampin bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, adik-beradik itu menghampiri motosikal jenis Modenas Kriss 110 milik bapa mereka yang diletakkan di kawasan permukaan bersimen untuk bermain sebelum dihempap motosikal itu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abas, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mendapati Mohammad Aidil Aqasha dan abangnya sudah tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong besi sepanjang 16 sentimeter menggunakan pemotong hidraulik bagi memisahkan mangsa dan motosikal berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Syed Ammar, hasil siasatan mendapati motosikal yang diletakkan pada ketinggian satu meter itu hilang imbangan sebelum terbalik dan menimpa dua beradik tersebut.

Jenazah mangsa bersama sebahagian besi yang tertusuk di kepala itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -KB Kredit Utusan Online

Post a Comment

Previous Post Next Post