Remaja Muslim Jadi Buruan Syarikat Teknologi Kerana Ciptaannya

Remaja Muslim Jadi Buruan Syarikat Teknologi Kerana Ciptaannya

Siapa sangka dengan sekelip mata remaja muslim ini menjadi buruan syarikat teknologi di Amerika Syarikat kerana rekaan sebuah jam digital.

Remaja Muslim Jadi Buruan Syarikat Teknologi Kerana Ciptaannya
Remaja Muslim Jadi Buruan Syarikat Teknologi Kerana Ciptaannya
Pada mulanya dia dituduh ingin meletupkan sebuah sekolah, tapi kini Ahmed Mohamed yang berusia 14 tahun menjadi bualan dan perhatian bos-bos syarikat teknologi di Silicon Valley.

Kisah Ahmed ini sungguh memberi inspirasi dan pembakar semangat terutamanya kepada golongan muda untuk mendalami ilmu teknologi dan sains serta mencipta sesuatu yang berinovasi. Kisahnya bermula apabila beliau mencipta sebuah jam digital dan membawanya ke sekolah tetapi gurunya menyangka ianya adalah sebuah bom.

Pihak polis pun datang dan menahan remaja yang merupakan penggemar robot ini setelah menerima laporan dari pihak sekolah.



Namun tuduhan yang dilemparkan oleh pihak sekolah terhadap remaja itu ternyata tidak berasas kerana itu hanyalah jam biasa yang dibuat Ahmed di ruang biliknya. Kisah Ahmed kemudian menjadi viral dan mendapat perhatian dunia. Ramai yang mengkritik tindakan sekolah dan polis yang terlibat kerana bersikap ‘Islamophobia’.

Kisah Ahmed, seorang pelajar di MacArthur High School, Irving, Texas mendapat perhatian Obama dan juga Mark Zuckerberg. Kisahnya juga turut tersebar di kalangan bos-bos syarikat teknologi di Silicon Valley.















Ahmed berasa sangat terharu dan ingin menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membantu setiap remaja di seluruh dunia yang mengalami nasib sepertinya.

P/S : SALUTE dengan apa yang direka oleh adik ini =).

Sumber : Astro Awani

Post a Comment

Previous Post Next Post