MAKKAH - Jika sebahagian waris keluarga mangsa tragedi kren runtuh bersyukur diberikan pampasan sebanyak 1 juta Riyal kepada mereka dan 500,000 Riyal kepada yang tercedera, namun lelaki warga Sudan ini, menolak pemberian berkenaan.
Punca Sebenar Lelaki Ini Tolak Pampasan Dari Kerajaan Saudi Selepas Terlibat Dalam Tragedi Kren |
Selain itu, beliau juga menolak namanya disenaraikan dalam senarai jemaah haji yang mengalami kecederaan.
Baginya, dia hanya berharap agar kesan parutnya kecederaannya di dahinya itu akan menjadi tanda rehdanya dan akan dibawa menghadap Allah di Padang Mahsyar kelak.
Nabigah cedera di bahagian dahi akibat terkena serpihan runtuhan yang terjatuh sehingga menyebabkan dahinya terkoyak. Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar dari hospital setelah dua hari mendapat rawatan.
Bukan sahaja enggan menerima pampasan yang diberikan, malah enggan ditemubual oleh pihak media.
Post a Comment