"Memang Betul Saya Rasis ! Apa Nak Takut ?" - Tan Sri Annuar Musa

"Memang Betul Saya Rasis ! Apa Nak Takut ?" - Tan Sri Annuar Musa

‘Perhimpunan hari ini kalau kata perkauman, saya jawab ya memang betul, apa nak takut?’

"Memang Betul Saya Rasis ! Apa Nak Takut ?" - Tan Sri Annuar Musa
"Memang Betul Saya Rasis ! Apa Nak Takut ?" - Tan Sri Annuar Musa
Demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya pemberita mengenai Himpunan Rakyat Bersatu sebagai perhimpunan perkauman.

Katanya, perkauman adalah perkara yang dituntut dalam Islam, selagi mana tidak melakukan kezaliman pada orang lain.

“Adakah orang Melayu melakukan kezaliman pada orang lain? Kita kongsi negara ini dari segi kerakyatan, hak dan apa yang menjadikan negara ini pelbagai kaum adalah orang Melayu,

“Jika orang Melayu tidak bersetuju akan perkara itu, negara ini tidak akan wujud pelbagai kaum dan prinsip pelbagai kaum adalah toleransi dan hidup bersama dengan menerima kebebasan beragama yang orang Melayu akan terus junjung,” katanya.

Beliau memberi contoh semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, sejarah kaum Arab iaitu kekuatan orang Quraisy yang tidak memeluk Islam dan mengikut ajaran Nabi Muhammad, mereka tetap melindungi baginda jika dalam bahaya kerana mereka tidak melakukan kezaliman pada orang lain.

Annuar juga berkata, walau bagaimanapun perkauman perlu dipandu mengikut Islam dan Malaysia berada di jalan yang betul.
“Di Indonesia nak pakai nama Cina tidak boleh, di England nak buka sekolah Cina tak boleh, di Malaysia boleh kalau itu berlaku itu perkauman tapi perkauman saya dipandu oleh agama,” katanya.

Beliau menegaskan, orang Melayu mesti menjaga keamanan, hak, maruah, agama, Raja dan budaya orang Melayu.

Katanya lagi, jika orang melayu tidak ada rasa perkauman, mereka adalah golongan Melayu pada jasad sahaja tetapi rohnya sudah tidak ada.


- The Rakyat Post

Post a Comment

Previous Post Next Post