MASYAALLAH ! KECELAKAAN Kematian Beramai-Ramai Jemaah Haji Paling Dinantikan Oleh Pihak BARAT?

MASYAALLAH ! KECELAKAAN Kematian Beramai-Ramai Jemaah Haji Paling Dinantikan Oleh Pihak BARAT?

SETIAP kali bila berlakunya kematian melibatkan jemaah haji, ada kecenderungan di kalangan umat Islam untuk menyalahkan kerajaan Arab Saudi.

MASYAALLAH ! KECELAKAAN Kematian Beramai-Ramai Jemaah Haji Paling Dinantikan Oleh Pihak BARAT?
MASYAALLAH ! KECELAKAAN Kematian Beramai-Ramai Jemaah Haji Paling Dinantikan Oleh Pihak BARAT?
Sama ada kita sedar atau tidak, inilah yang PALING DINANTI-NANTIKAN pihak Barat terutama media mereka yang mahu umat Islam berbalah sama sendiri dan menyalahkan sama sendiri, dan mereka hanya perlu duduk di atas kerusi empuk bertepuk tangan.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Arab Saudi, Raja Salman Abdelaziz telah berusaha sehabis kudrat mengarahkan setiap jentera pentadbirannya melakukan apa saja termasuk membelanjakan wang hasil minyak berjumlah berbillion Riyal untuk memastikan kita para jemaah selesa menunaikan ibadah haji dan umrah di kota suci ini.

Proses pembinaan dan pembesaran Masjidil Haram, Masjidil Nabawi, tempat wukuf, tempat melontar, keretapi laju, airport dan berbagai lagi dibuat bukan untuk pelancong, bukan untuk masuk dalam rekod Guiness tetapi untuk kita yang bernama tetamu Allah ini.

Sejumlah besar arkitek, jurutera, dan tenaga kerja beragama Islam dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia dihimpunkan untuk memerah idea dan kudrat demi memastikan keselesaan kita untuk beribadah. Kalau yang pernah ke sana lebih dari sekali, bandingkan kali terakhir anda menjejak kaki ke Mekah dan Madinah berbanding yang terkini.

Saya Alhamdulillah diberikan peluang menunaikan umrah sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun, itu pun sudah cukup untuk saya melihat perbezaan yang cukup ketara di bumi haramain ini.

Namun sudah pasti TIDAK ADA YANG SEMPURNA, Raja Salman manusia, jurutera juga manusia, arkitek juga manusia. Pasti dalam tempoh itu ada kekurangan dan kecatatan di mana-mana tetapi yang penting kerajaan Arab Saudi tidak pernah berputus asa memberi yang terbaik dan memperbaiki kesilapan mereka termasuk meluluskan juga permohonan negara-negara di seluruh dunia yang mahu hingga sampai ke tahap macam MEMAKSA kerajaan Arab Saudi memberi lebih banyak visa tambahan untuk jemaah mereka menunaikan umrah/ haji.

Akhir sekali, daripada menyalahkan Raja Salman dan pentadbirannya, cuba tanya diri kita sendiri...sejauh mana kita mematuhi peraturan, mengawal diri dan berdisiplin ketika menjalankan ibadah ini. Dalam keghairan kita hendak mendapat pengampunan dan keredhaan Allah, dalam keterujaan kita hendak mendapat syurga yang dijanjikan itu, sejauh mana sikap dan tingkah laku kita dalam menunaikan rukun Islam tersebut.

Dalam solat lagi sudah diterapkan disiplin. Ada niatnya, ada takbiratul ihramnya, ada rukuknya, ada sujudnya. Kita tak boleh mendahului sesuatu yang dikemudiankan, atau kemudiankan sesuatu yang diawalkan. Apa bezanya disiplin ketika berada di tanah suci ini?

Arab Saudi mampu menyediakan satu platform yang terhebat di muka bumi ini kerana mereka punya wang, mereka mampu membeli peralatan yang canggih serta mampu menggajikan sumber manusia yang terbaik - tetapi akhir sekali semuanya terserah pada kita.

Wallahualam

SYAHRIL A. KADIR

Post a Comment

Previous Post Next Post