Penceraian amat menyakitkan, bukan sahaja ibu dan ayah sahaja yang terasa kesannya, tetapi seseorang anak juga merasakan kepedihan kesan dari penceraian.
Luahan Hati Gadis Cilik Ini Tentang Ibubapanya Yang Sudah Bercerai Sentuh Hati Pengguna Maya |
Cherish Sherry, yang berasal dari Surrey, Kanada, memuatnaik sebuah video kelakuan puterinya Tiana, 6 yang menyatakan hasrat hatinya yang memilukan serta mempunyai harapan tinggi untuk menyatukan kembali kedua ibu-bapanya yang sudah berpisah.
Video menyayat hati ini sudah ditonton lebih dari enam juta orang pengguna maya sejak dimuatnaik ke Facebook pada hari Rabu yang lepas. Rata-rata ramai yang terkesan dan amat sedih selepas menonton video tersebut.
Ketika Tiana sedar ibu dan ayahnya sudah bercerai, dia kemudian menyuruh ibunya untuk mendengarkan luahan hati yang ingin disampaikannya. Sambil duduk di tangga, Tiana memohon kepada ibunya untuk cuba berbaik kembali dengan bekas suaminya.
Siapa sangka gadis cilik yang berusia 6 tahun ini juga mempunyai perasaan dan akal fikiran yang matang sama seperti orang dewasa.
Sumber: portalviral2015
Post a Comment