KATHMANDU: Seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa, wilayah Amerika di Pasifik Selatan, semalam.
![]() |
| Lelaki paling pendek di dunia mati semasa jalani rawatan |
Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal berada di Amerika untuk lawatan singkat, meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di hospital, kata pengurusnya Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness.
Dangi berumur 75 tahun. Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B. Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain. “Saya amat sedih dengan kematiannya,” kata Guragain.
Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka, katanya. Selain menjadi lelaki terpendek, Dangi juga memegang rekod orang dewasa terpendek dunia yang pernah diukur. – BERNAMA

Post a Comment