Kuala Lumpur – Jurugambar kontroversi, Saiful Nang kembali mencuri perhatian masyarakat apabila menyelar individu yang dikatakan memfitnah dirinya mencari pelacur ketika berada di Tanah Suci, Mekah.
"Kita Jumpa Di Mahkamah Allah Di Masyhar Nanti !" - Saiful Nang Berang Dituduh Mencari Pelacur |
“Ternyata orang Malaysia suka tengok ini. Mereka suka fantasi berbanding realiti pahit. Maaf itu mudah jika dah tentu kita yang salah. Tapi jadi susah jika kita tahu yang benar.
“Tuduhan saya ke Mekah cari pelacur secara sinis atau direct..kita jumpa di mahkamah Allah di masyhar nanti,” tulisnya.
Namun tindakan itu tidak berjaya meredakan kemarahan para pengguna media sosial yang marah dengan tindakannya sebelum ini.
Status tersebut turut menyebabkan dia kembali dikecam yang menyifatkan kenyataannya itu membuktikan dirinya seorang yang angkuh dan bongkak.
Seorang pengguna Facebook, Farizwan Desril meninggalkan komen yang menyindir dan menyifatkan Saiful termakan kata-kata orang syiah.
“Dah jumpa belum tempat pelacuran? Kau percaya cakap siapa ada tempat pelacur di tanah suci? Ada ambik gambar tak wanita berbogel disana? Buktinya dimana? Setakat kau dengar cakap syiah baik tak payah SN.
“Setakat hujah panjang lebar adik aku pun boleh buat. Negara yahudi kau puji melangit tempat suci pijak. Perangai serupa syiah la kau ni SN. Syiah suka memburukkan tanah suci.
Beberapa komen lagi turut menyifatkan Saiful seorang yang berlagak pandai tetapi sebenarnya bodoh.
“Jangan cba nak bodohkan diri…sbb akan lebih bodoh dari org yang tak pandai….bongkak !,”antara komen pengguna Facebook yang di tinggalkan di status terbaru Saiful.
Sementara itu, Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menasihati pengguna whatsapp supaya tidak menyebarkan dakwaan Saiful Nang tentang sisi gelap kota suci Mekah.
“Nasihat saya kepada mereka yang membaca status FB seorang photographer dan blogger yang mendakwa banyak rumah-rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah share di FB masing-masing.
Jangan cemari wall FB kalian dengan status yang kotor. Status yang boleh merendah-rendahkan Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.
Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.
Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa.
“Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafiq. Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua tanah Haram pada mata orang Islam sendiri,” katanya.
Beliau turut memetik satu dari surah al Nur ayat 19.
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azah siksa yang tidak terperi pedihnya, di dunia dan di akhirat. Dan ingatlah Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Manakala, menerusi status yang dimuatnaik Mufti Perlis, Dr Maza juga turut menyifatkan banyak agenda syiah yang ingin memburukkan kesucian kota mekah.
“Banyak tokok tambah tentang kejadian kemalangan yang berlaku di Mina. Pihak penguasa Arab Saudi bagi saya telah cuba melakukan yang terbaik. Kelemahan mungkin ada. Ada yang kita mungkin setuju dan boleh tidak setuju dengan pendekatan yang diambil. Namun bukan senang hendak mengawal jutaan manusia di suatu tempat yang terhad dan pada waktu yang sama.
“Awasi jarum permusuhan. Syiah mempunyai agendanya yang tersendiri.
Di Malaysia awasi Syiah pengikut Hasan Saqqaf yang cuba berbaju sunni. Juga awasi jarum golongan Ahbash yang merupakan adaptasi Syiah dalam wajah seakan sunni. Kesemuanya itu peniup jarum kebencian dan permusuhan antara umat ini atas kepentingan aliran. Di samping itu, menuduh Mekah sebagai tempat pelacuran juga amat merbahaya,”akhirinya.
Terdahulu, akibat tuduhan Mekah mempunyai rumah pelacuran, jurugambar, Saiful Nang diselar majoriti penguna Facebook sekali gus menggelarkannya sebagai pelanggan pelacur.
Komen dan pandangan yang ditinggalkan di laman sesawang SuaraTV melabelkan Saiful sebagai kaki pelacur yang mencari sarang pelacuran di sana (Mekah). Tidak kurang juga ramai yang memberikan pandangan bernas seperti nasihat dan kepercayaan kepada tanah suci yang tidak boleh dinafikan kesuciannya.
Sebelum itu, pemilik syarikat fotografi, CandidSyndrome International itu menerusi akaun ‘Facebook’nya petang kelmarin mendakwa bencana yang sedang berlaku di tanah suci ketika ini adalah disebabkan kegagalan pemerintah Arab Saudi mengambil tindakan atas kegaiatan rumah maksiat tersebut.
Post a Comment