Jerebu: Sekolah seluruh negara dibuka seperti biasa esok (1 Oktober)

Jerebu: Sekolah seluruh negara dibuka seperti biasa esok (1 Oktober)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk Johor yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang teruk, dibuka semula esok.

Jerebu: Sekolah seluruh negara dibuka seperti biasa esok
Jerebu: Sekolah seluruh negara dibuka seperti biasa esok  
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, sekolah perlu beroperasi seperti biasa kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipantau sehingga 4 petang ini mendapati hampir semua kawasan menunjukkan penurunan bacaan.

FB rasmi KPMhttps://www.facebook.com/KementerianPendidikanMalaysia?fref=ts ]


Walaupun berlaku sedikit peningkatan bacaan IPU di sesetengah kawasan, namun ia masih berstatus sederhana dan tidak sihat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tempat tertutup iaitu dalam bilik darjah boleh dilaksanakan.

"Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib," menurut kenyataan itu. Jika berlaku perubahan bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar, sehingga 4 petang ini sebanyak 17 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat, 28 kawasan (sederhana) dan tujuh kawasan (baik). Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, menafikan kenyataan kononnya sekolah-sekolah di beberapa negeri akan ditutup esok berikutan masalah jerebu.

Beliau berkata, kenyataan media itu yang tersebar di media sosial adalah palsu. "Sila ambil maklum, kenyataan media ini adalah palsu," katanya dalam laman Facebook dengan memuat naik gambar kenyataan media yang palsu itu.

Kenyataan media palsu yang kononnya daripada Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak akan ditutup esok (1 Oktober) berikutan bacaan IPU sangat tinggi.

Kenyataan palsu itu telah mengelirukan orang ramai terutamanya ibu bapa. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post