Jawapan Jamal Md Yunos Selepas Dituduh Mahu Merogol Artis

Jawapan Jamal Md Yunos Selepas Dituduh Mahu Merogol Artis

Datuk Jamal Md Yunos hari ini membuat 17 laporan polis berhubung pelbagai dakwaan yang disifatkan oleh beliau sebagai fitnah dan tohmahan.

Jawapan Jamal Md Yunos Selepas Dituduh Mahu Merogol Artis
Jawapan Jamal Md Yunos Selepas Dituduh Mahu Merogol Artis
Salah satu laporan yang dibuat adalah berkenaan dakwaan di dalam media sosial dan blog yang mendakwa beliau ingin merogol seorang artis.

Selain dari itu, beliau juga membuat laporan polis mengenai satu dakwaan dari sebuah blog yang memaparkan gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Blog itu mendakwa beliau menerima wang berjumlah RM3 juta dari Najib.

"Saya buat laporan polis hari ini mengenai fitnah dan tohmahan di media sosial.

"Saya lihat semakin keterlaluan. Jadi hari ini saya bersama peguam, dah berbincang beberapa hari yang lepas untuk ambil tindakan pada mereka yang tak bertanggungjawab," katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Post a Comment

Previous Post Next Post