KUALA LUMPUR Penulis blog kontroversi, Alvin Tan, telah berkongsi dan memuat naik gambarnya yang sedangmemegang buku-buku berkaitan Islam di sebuah masjid di Los Angeles, menerusi laman Facebooknya, pagi tadi.
Dapat Hidayah Alvin Tan Akhirnya Mula Belajar Islam Tahniah Alvin Tan |
hidayah tersebut sampai kepada Alvin untuk terus mendalaminya, sekali gus memeluk agama Islam.
Menerusi kenyataan Alvin, disebabkan saranan dan galakan daripada umat Islam, maka dia membuat keputusan untuk
menghayati agama Islam.
Hari ni aku ade sikit masa lapang, jadi aku pergilah masjid di Los Angeles, atas galakan dan saranan umat2 Islam kat
page aku. Bila aku masuk ruang legar tu, pak Imam dah jemput masuk Aku pon katalah, I want to learn more about
Islam,katanya.
Alvin turut berkongsi menerusi pengalamannya berada di dalam masjid tersebut, dimana dia sempat menghayati
keindahan motif, corak dan tulisan yang memenuhi ruang dinding masjid tersebut.
Kat dlm masjid tu mmg indah, dindingnya penuh dgn tulisan Jawi dan petikan2 daripada Al Quran Pak Imam tu
terangkan Islam pd aku, semua basics yang aku dah tau (5 pillars of Islam, 6 basic principles, etc.), tapi aku sibuk melihat
design dan estetik masjid.
Aku nak tangkap gambar, tapi dalamnya depa tulis, No photography or videography is allowed. Biarpon begitu, aku ajak
sekali Pak Imam tu ambik selfie. Tau ape dia kata, I have no problems with photographs, but I dont know how you intend
to use this photograph. Iisshhh, sensitip pulak tu.
Jd yg sy sempat tangkap hanyalah selfie aku di perkarangan masjid, bersama2 bahan bacaan yg diberikan oleh Pak Imam
tersebut. Akhirnya dengan membuat hashtag #Allahuakbar.
Alvin yang mendapat 6,437 like 533 share itu kemudiannya sekali lagi memuat naik statusnya lima jam yang lalu, tidak
berpuas hati dengan segelintir penyokongnya yang akan berhenti menyokong sekiranya dia memeluk agama Islam.
Dahsyat org kat page aku ni Dah ade segelintir penyokong aku yg PM aku, ckp kalau aku betul2 masuk Islam, depa akan
henti sokong aku serta-merta,katanya.
Terdahulu, Alvin yang sebelum ini dikatakan telah melarikan diri ke luar negara, kerana membuat kenyataan jenayah
terhadap anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah di laman Facebooknya, Ogos lalu.
Alvin yang membuat kenyataan tersebut bersama pautan mengenai kenyataan Nurul mengenai perhimpunan Bersih 4.0.
Kenyataan jenayah tersebut menjadi viral dan dikongsi di laman sosial dan aplikasi komunikasi.- SuaraTV
Sumber: hye
Post a Comment