Klang: “Ketika penyamun asyik menggeledah bilik dan rumah, saya memberanikan diri untuk menyusup keluar melalui pintu depan dan berlari sepantas mungkin ke rumah pak cik untuk memaklumkan kejadian.
![]() |
| TUMINAH mencium Amar di Kampung Budiman, Meru, Klang. Gambar kecil, lelaki Indonesia yang ditahan penduduk selepas memecah masuk rumah seorang penduduk di Kampung Budiman, Meru. |
Amar boleh dianggap sebagai ‘wira’ apabila sanggup bergadai nyawa bagi mendapatkan bantuan ketika rumahnya disamun tiga lelaki berparang dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu.
Tindakan beraninya berbaloi apabila dua daripada tiga penyamun warga Indonesia itu berjaya dicekup penduduk kampung selepas bergelut dengan suspek yang cuba meloloskan diri.
Penyamun masuk melalui tingkap yang dipotong dan tiga anak mangsa yang tidur di ruang tamu tidak diikat kerana suspek beranggapan kanak-kanak itu bukan ancaman kepada mereka. - HMetro

Post a Comment