Semua sekolah di beberapa negeri dan daerah atau kawasan yang ditutup pada Isnin 28 September 2015 akibat masalah jerebu akan dibuka semula seperti biasa esok (Selasa 29.9.2015)
Berita terkini cuti jerebu esok 29.9.2015 tiada sekolah dibuka semula |
Keputusan membuka semula sesi persekolahan itu dibuat selepas pemantauan berterusan dan mendapati kualiti udara bertambah baik di kawasan terjejas dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin menurun
Menurut kenyataan media tersebut, KPM turut mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara agar terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) dari semasa ke semasa
Jika bacaan IPU berubah kepada keadaan tidak sihat pada paras bacaan 101-200 atau sangat tidak sihat pada bacaan 201-300, pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing
Tindakan seterusnya boleh dibuat berdasarkan langkah-langkah yang dikeluarkan KPM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal
KENYATAAN MEDIA KPM SEKOLAH DIBUKA SEMULA PADA 29 SEPTEMBER 2015
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu siaran media terkini memaklumkan semua sekolah di negeri Melaka dan Johor pula akan ditutup esok, 29 September 2015 akibat masalah jerebu teruk melanda negeri itu
Pautan Sumber: mysumber.com
Post a Comment