Pembayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 kepada penerima yang layak akan dibuat mulai 21 September 2015.
Berita terkini BR1M bayaran akhir mulai 21.9.2015 |
Tarikh pembayaran BR1M 2015 itu dipercepatkan sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 24 September 2015.
Pembayaran terakhir BR1M bagi kategori isi rumah sepatutnya dibuat mulai 28 September namun sempena Aidiladha ia dipercepatkan agar penerima BR1M dapat membuat persiapan dan membeli barangan keperluan bagi menyambut Aidiladha nanti.
Sehubungan itu, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing bermula pada tarikh yang telah ditetapkan.
Bagi penerima yang tiada nombor akaun atau tidak memiliki akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran seperti sebelumnya.
JADUAL PERINGKAT PEMBAYARAN BR1M 2015
RM950
Pendapatan Kasar Bulanan RM3,000 dan kebawah (termasuk warga emas) Cara Pembayaran Diterima Adalah Secara
Berperingkat RM300 : 15 Januari
RM300 : 28 Mei
RM350 : 21 September
RM750
Pendapatan Kasar Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas) Cara Pembayaran Diterima Adalah Secara
Berperingkat RM200 : 15 Januari
RM200 : 28 Mei
RM350 : 21 September
Pautan Sumber: mysumber.com
Post a Comment