Pelakon Syed Aiman tidak menolak pembawaan budak menjadi punca isterinya, Linda Rafar bertindak berkongsi masalah mereka di laman sosial.
Berita Mengejutkan, Pengakuan Syed Aiman - Saya Tidak Akan Ke Mahkamah Sebab Saya Tidak Pernah Lafaz Cerai |
Syed-Aiman-Nafi-Lafaz-Cerai“Saya tidak akan ke mahkamah sebab saya tidak pernah lafazkan cerai. Apa juga tanggapan orang di luar sana apabila melihat atau membaca melalui laman sosial milik Linda, saya yakin saya masih waras.
“Memang tidak dinafikan kami bergaduh pagi itu, tetapi tidaklah sampai saya lafaz cerai. Kalau ikutkan, ini bukan kali pertama kami bergaduh, bagi saya normal suami isteri berselisih faham. Saya rasa ini mungkin akibat pembawaan budak sehingga menyebabkan dia bertindak sampai macam ini,” katanya.
Menjelaskan kembali kenyataan Linda yang sebelum ini mengatakan fitnah sebagai punca mereka bergaduh, Syed Aiman berkata, apa sebenarnya yang berlaku sepatutnya tidak dikongsi Linda dengan mana-mana pihak dan baginya perselisihan rumah tangga lebih baik diselesaikan antara mereka sahaja.
“Tidak perlu saya ceritakan apa yang berlaku, sebab ini berkaitan aib kami suami isteri. Cuma apa yang perlu mereka di luar sana faham, kami bukan setahun dua berkahwin malah sudah mempunyai anak-anak yang semakin membesar, seharusnya Linda fikir perkara ini sebelum melakukan apa sahaja,” katanya.
Tidak menolak masih sayangkan rumah tangganya, kata Syed Aiman, dia akan berusaha untuk memastikan keadaan pulih seperti sedia kala.
“Melihat pada kenyataan yang dikeluarkan Linda memang saya terkejut. Saya fikir dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga menimbulkan kekecohan seperti ini. Jujurnya saya masih sayangkan dia dan keluarga kami. Tentunya saya harap perkara ini akan segera selesai,” katanya.
Post a Comment