BINTULU - Sebuah kereta buatan tempatan, musnah terbakar di bahagian dalam gara-gara rokok elektronik atau vape meletup secara tiba-tiba, Selasa lalu.
Vape Meletup, Kereta Musnah Terbakar |
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, mangsa meninggalkan vape di dalam keretanya.
Rokok elektronik atau Vape yang meletup
Jelas Endry, bateri vape milik rakannya itu menjadi panas dan meletup lalu menyebabkan kebakaran di dalam kereta itu.
"Jangan tinggalkan vape dalam kereta, Kereta rakan saya hangus disebabkan vape disimpan dalam kereta dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengahari," katanya.
Ini merupakan kejadian pertama yang melibatkan rokok elektronik meletup di Malaysia. Para pengguna rokok elektronik dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak meninggalkan rokok elektronik itu di dalam kereta terutamanya di waktu tengah hari bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. - SUMBER
Post a Comment