Perkahwinan yang simple, Alhamdulillah bahagia.
Tiada pelamin, tiada sanding, tiada tepung tawar, tiada renjis-renjis air, semua tak ada.
Saya Kahwin Tak Sampai RM4,000 Pun. Alhamdulillah Bahagia Hingga Sekarang |
Nikah sampai nak cecah RM10,000 dengan bakal suami. Selepas nikah nanti, nak hidup juga, nak guna duit juga. Jadi, buat apa nak bazirkan duit banyak-banyak untuk kenduri? Cukuplah sekadar nikah dan kenduri kecil. Tak perlu sampai minta RM10,000 semata-mata untuk sehari itu saja.
Kalau hati ikhlas nak bersuamikan si dia, kenapa nak menyusahkan dia membanting tulang siang malam demi RM10,000 kita nak itu? Tak perlu.
Cukuplah mengikut adat Islam. Saya kahwin pun tak sampai RM4,000 pun. Alhamdulillah bahagia sehingga sekarang. Kahwin besar tak menjamin kebahagiaan pun dan duit RM10,000 pun tak menjamin kebahagiaan. Semuanya atas diri sendiri.
Islam itu mudah, janganlah merumitkan. - THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment