KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin setuju Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SRPM) untuk disiasat berhubung wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaunnya.
Pemuda BN Setuju Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Dipanggil SRPM Untuk Disiasat |
“Pendirian kita adalah bahawa segala siasatan yang sedang berjalan dalam isu yang dibangkitkan tadi mestilah berterusan sehingga mendapat gambaran jelas dan hasil siasatan itu perlulah menyakinkan rakyat.
“Sekiranya perlu keterangan untuk memastikan SPRM menjalankan tugasnya tanpa rasa takut dan berpihak, maka keterangan Perdana Menteri harus diambil,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.
Jelas Khairy lagi, dalam isu yang membabitkan wang RM2.6 bilion ini, SPRM harus menjalankan tugasnya dengan telus, agar kewibawaan suruhanjaya bebas berkenaan diterima rakyat.
“Hari ini juga, saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang menyatakan sokongan terhadap SPRM. Dahulunya, mereka yang mengkritik SPRM, tetapi kini sebaliknya.
“Amat penting untuk SPRM mempunyai integriti dan tidak ada pihak yang boleh menyekat badan bebas itu,” tegasnya.
freemalaysiatoday
Post a Comment