Peminat Bergaduh Bila Sharifah Sakinah Cium Suami Sendiri

Peminat Bergaduh Bila Sharifah Sakinah Cium Suami Sendiri

Gara-gara berkongsi bergambar bercumbu dengan suami di akaun Instagram miliknya, Sharifah Sakinah dikecam sesetengah peminatnya kerana mempamerkan gambar tersebut namun dalam masa yang sama ada yang menyokong tindakannya itu.

Peminat Bergaduh Bila Sharifah Sakinah Cium Suami Sendiri
Peminat Bergaduh Bila Sharifah Sakinah Cium Suami Sendiri



Ada peminat yang menyifatkan gambar mesra Sakinah dan juga suami bercium mulut sebagai sesuatu yang tidak perlu dipamerkan di khalayak ramai, bak kata orang, simpan di rumah sajalah. Bagaimanapun ada juga yang menyifatkan perkara itu romantik dan tidak salah kerana mereka sudah sah suami isteri.

Sebelum ini, isu Johan mencium isterinya ketika menerima anugerah sekitar tahun ini juga turut menjadi perhatian peminat yang mewujudkan perbalahan antara dua pihak – hanya di laman sosial.

Faham sangat perangai prihatin peminat yang sayangkan artis pujaan mereka. Apa pun, pastinya Sakinah mempunyai jawapan dan sebab tersendiri memuatnaik gambar tersebut. Semoga hubungan pasangan manis secocok ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. (rtky/s)

Post a Comment

Previous Post Next Post