Pelakon baharu Fara Mendoza mendakwa pelakon Fizz Fairuz cuba menggoda dirinya melalui aplikasi WeChat.
PEDAS! ALMY NADIA Sindir FARA MENDOZA Isu Mesej Mesra Dengan FIZZ FAIRUZ |
Melalui akaun Instagram, isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia menulis ayat menyindir Fara Mendoza sebagai seorang yang sedang mencari publisiti murahan kerana status kurang popularnya.
Status tersebut juga mengandungi hashtag #jangankacaurumahtanggaaku yang boleh dikira sebagai satu amaran buat Fara Mendoza dari Almy Nadia sendiri.
Menerusi status berkenaan, Almy menulis kapsyen: "Assalammualaikum semua selamat petang... Hujan lebat petang nih ribut... Hihihihihi apa2 pun sy gelak dulu gelak sambil golek2 ngan anak... Menikmati hari yg sejuk nih... Ok dah habis intro meh kami nak viralkan benda nih pulak.. Jom semua kita.
"FOLLOW ARTIS BAHARU INI" kesian this girl tak ramai FOLLOWER.. Pd DIRECTOR2 PRODUSER2 diluar sana please ambil ARTIS BAHARU ini berlakon.. Kesian this girl tak bnyk job.. This girl nak job.. Pls pls.. Kesian la kan dia..#hahahahahhahaahahhaahhaha#kauigtkaubolehlps #kauigtkaubesarsgt #jgnkacauumahtanggaaku #jgncuba2 "
Walaupun status tersebut sudah dipadam Almy Nadia, namun SM dapat rasakan yang pelakon ini turut sedih dan terkilan dengan pendedahan yang dibuat oleh Fara Mendoza dan berharap semua ini sebagai tidak benar. SM harap Almy sabar dalam menghadapi dugaan ini.
Post a Comment