Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.
Nora Danish Jawab Isu Gambar Berbikini... |
"Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut. Tambah Nora, menerusi kapsyen gambar berkenaan, dia turut memohon agar tidak terus mengaitkan namanya dengan mana-mana foto wanita berbikini.
"Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua.
"Tolonglah beri saya rehat," tulisnya bagi membalas komen-komen pengikut. Selain itu, tambah Nora, sejak akhir-akhir ini dia menyedari ramai wanita yang mempunyai wajah seiras dengannya terutamanya menerusi gambar-gambar di laman sosial.
Dalam pada itu, membalas beberapa komen pengikut yang meminta dia memadam gambar seksi tersebut, Nora berkata, foto itu tidak akan menjadi masalah kerana dia sudah mengaburkan gambar tersebut.
"Perlukan saya padam gambar ini? Saya rasa saya sudah kaburkan. Jangan risau tentang wanita ini, jika dia boleh papar seperti ini di Instagram, saya rasa ia tidak jadi masalah jika saya muat naik semula. Lagi pula saya sedang mencarinya," ujarnya.
Dalam pada itu, Nora turut memuat naik sekeping lagi gambar wanita berbikini bagi menjelaskan bahawa individu berkenaan adalah kawan wanita yang dikenali.
"Wanita ini adalah kawan saya dan dia berbangsa cina dan seorang yang sangat baik. Tolong jangan guna gambar dia dengan memfitnah saya sana sini dengan mengatakan ianya adalah saya," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut. - mStar
Post a Comment