Baru-baru ini, pelakon Jasmin Hamid menerusi laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik gambar dia bersama ibunya yang kini sedang terlantar sakit di hospital.
Disebabkan itulah Jasmin meminta agar semua yang mengenalinya mendoakan kesihatan ibunya yang kini ditahan di hospital kerana serangan jantung.
"As Salam semua. . pada semua saudara mara, sahabat, kenalan dan penyokong-penyokong saya yang saya kasihi dan sayangi. Pagi ini, sekali lagi mama saya kena serangan jantung (Heart attack).. dan di masukkan ke wad.
"Mohon pada semua, doakan untuk mama saya agar cepat sembuh dan panjangkan umur mama saya terutama kepada yang mengenali mama saya. Maafkan segala salah silap mama saya dan halalkan makan minum mama saya selama ini, amin," tulis Jasmin dilaman IGnya.
Tidak dapat dinafikan jelas kelihatan di air muka Jasmin bahawa kesedihan dan kebimbang menyelubungi dirinya sekarang. Tentu rasa sebak melihat insan yang kita sayangi dalam keadaan sebegitu.
Kami mendoakan agar Jasmin tabah dengan dugaan ini dan semoga ibunya dapat kembali pulih. Mari sama-sama kita doakan. - myartis
Post a Comment