Kalau RM2.6 Billion Itu Duit Sunni Pulangkan Pada Sunni - ABIM

Kalau RM2.6 Billion Itu Duit Sunni Pulangkan Pada Sunni - ABIM

Perdana menteri didesak menjelaskan dakwaan Umno Kuantan bahawa derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya susulan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah negara ini.

Kalau RM2.6 Billion Itu Duit Sunni Pulangkan Pada Sunni - ABIM
Kalau RM2.6 Billion Itu Duit Sunni Pulangkan Pada Sunni - ABIM  
Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, jika benar dakwaan itu, ia seharusnya disalurkan kepada rakyat dan bukan Datuk Seri Najib Razak secara peribadi.

“Ini kerana setiap rakyat yang memerangi radikalisme IS (kumpulan bersenjata Negara Islam) berhak untuk menikmati sumbangan tersebut,” kata presidennya Amidi Abdul Manan.

Malah, kata Amidi lagi, usaha Malaysia memperteguhkan aliran Sunni bukan ikhtiar Najib semata-mata, tetapi dipelopori rantaian ulama dan pendakwah dari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi.

“Oleh itu sewajarnyalah ia dipulangkan kepada rakyat khususnya yang beraliran Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana terus komited mempertahankan rantau ini khususnya Malaysia sebagai rantau Sunni,” katanya lagi.

Ketua Umno Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat pada 16 Ogos lalu berkata derma ke dalam akaun Najib adalah sumbangan politik daripada Arab Saudi. Ia, katanya, sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beberapa negara lain turut menerima sumbangan wang daripada Arab Saudi selain daripada negara ini. Menurutnya penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu di mana wang tersebut adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Selain itu, Amidi juga berkata penjelasan seperti dibuat Wan Adnan itu “cubaan yang mengelirukan” dan tidak mampu memberikan kesan positif kepada imej Najib yang kian buruk.

“ABIM menegaskan jika benar seperti yang didakwa dan dilaporkan oleh media maka Umno apatah lagi Najib tidak layak ke atas sumbangan tersebut.

“Ini kerana segala usaha memerangi pengaruh IS dan mempertahankan ajaran Sunni adalah usaha bersama secara kolektif semua pihak yang terlibat,” katanya.

MK

Post a Comment

Previous Post Next Post