SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah kepada pihak kerajaan agar tidak memperbodohkan rakyat dengan memberikan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menyembunyikan situasi yang sebenar.
Jangan Cuba Memperbodohkan Rakyat - Sultan Johor |
"Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan segera," titahnya lagi.
Meskipun kedudukan bagina sebagai Sultan yang menghalang baginda mencampuri urusan politik, tetapi baginda juga bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat di negeri Johor berada dalam keadaan baik, maju dan makmur.
"Saya mengesa pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk.
"Suka saya ingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi. Selesaikanlah masalah-masalah yang timbul dengan segera," tegas baginda.
Post a Comment