KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein terpaksa mengelak daripada ditemuramah media berkenaan video lakonannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam filem Kapsul adalah disebabkan perjanjian dengan beberapa pihak.
Faizal Hussein Diarah Kunci Mulut Kerana Tun Mahathir |
"Ramai wartawan telefon dan cari saya untuk beri komen tentang babak itu, namun saya tidak menjawab penggilan kerana kalau saya jawab sekali pun saya tidak boleh beri kenyataan tentang apa yang mereka mahu.
"Bukan media tempatan sahaja, malah dari Indonesia, Jepun dan beberapa negara lagi. Pihak produksi dan badan yang bertanggungjawab membawa Tun tidak benarkan saya keluar kenyataan sebelum 17 Ogos," ujarnya kepada mStar Online.
Trailer filem Kapsul.
Video trailer filem Kapsul yang berdurasi 30 saat itu menjadi viral apabila kali pertama penampilan Tun Mahathir sebagai salah seorang pelakon filem itu.
Sementara itu, kata Faizal penglibatan Tun Mahathir dalam produksi tersebut dipersetujui selepas lebih setahun filem tersebut siap menjalani penggambaran.
Kata Faizal, babak bersama tokoh negarawan itu terpaksa dilakokan semula yang mana pada asalnya dilakonkan oleh pelakon Haryanto Hassan.
"Pada awalnya watak Tun dibawa oleh Haryanto dan memang tidak sangka Tun setuju untuk berlakon selepas lebih setahun filem itu siap. Oleh itu produksi terpaksa reshootsemula beberapa babak bersama Tun," ujarnya.
Dalam pasa itu, bercerita pengalaman berlakon bersama Tun Mahathir, Faizal berkata ia bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.
"Saya seperti tidak percaya kerana ia pada awalnya hanya angan-angan sahaja, biarpun hanya beberapa minit sahaja babak itu, namun ia sangat bermakna.
"Filem ini adalah menceritakan tentang ideologi beliau dan pada penghujung cerita nanti beliau juga akan keluar dengan kereta proton baharu," ujarnya.
Filem ini adalah hasil intepretasi pengarahnya iaitu Allahyarham Martis Mohd Ali berkenaan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tentang amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.
Filem Kapsul dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Adlin Aman Ramli dan Irfan Khairi itu bakal menemui penonton seluruh negara mulai 17 September ini.
Post a Comment