Gambar 4 orang pelajar UNIMAP, di antaranya Cina dan India sedang melindungi 3 rakan mereka bersolat berjemaah dari terkena hujan tersebar di laman sosial.
Budak Cina & India 'Payung' Rakan Melayu Tengah Solat |
"Kat UNIMAP. Dalam satu camping, budak Melayu sedang solat. Hujan turun, budak Cina dan India tolong payungkan," katanya.
Gambar itu mencetus perbualan hangat di kalangan netizen.
"Walaupun hanyalah 'kem', kenapa tidak kita doakan agar semua ini berkekalan dengan kekalnya semangat perpaduan? Come'on Malaysian, inilah masa untuk tumbuhnya pokok generasi baru," kata Rasyid Razak.
"Kadang-kadang kaum lain, Cina, India, Melayu, kalau dah bergaul, tak ada masalah pun. Hidup harmoni je dan tidak timbul pun isu perkauman ini.
Tetapi bila ada sesetengah yang memang membangkitkan kemarahan sesetengah kaum lain, dicampur dengan media yang ada sekarang ini, jadilah tersebar meluas. Jangan kerana hanya sikap seorang individu, kita samakan semua bangsanya. Apa pun syabas kerana mampu menghormati satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama," kata Alif Amran Aminuddin.
Amalan hidup seperti inilah yang kita mahukan dan amalkan lebih-lebih lagi dikalangan generasi muda. Jangan hanya disebabkan beberapa kes terpencil menjadikan kita pertimbangan sehingga melabelkan satu bangsa berperangai sama sedangkan masih ada lagi yang baik dan bertimbang rasa malah menghormati bangsa dan agama yang lain. - THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment