WARGA Johor Bahru terutama yang tinggal di sekitar kawasan Taman Desa Jaya, Ehsan Jaya, Desa Cemerlang dan Johor Jaya dinasihatkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa individu dipercayai kurang siuman yang mempunyai kecenderungan mencederakan mangsanya.
Warga Johor Bahru Hati-Hati! Ada Orang Gila Suka Cederakan Budak |
Sejurus mencederakan mangsa, suspek segera melarikan diri dengan motosikal.
Kejadian ini dikongsikan abang mangsa sendiri menerusi status di laman Facebook.
Akibatnya mangsa, Mohd Hakim terpaksa dikejarkan untuk mendapat rawatan perubatan dan menerima tiga jahitan di belakang telinga. Kesian…
Abang mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Desa Cemerlang mendakwa dimaklumkan, kejadian menimpa adiknya itu bukan kes pertama.
Apa yang membahayakan, suspek yang masih belum dapat ditangkap itu dikatakan gemar mencederakan kanak-kanak terutama yang berpakaian seragam dan sedang berjalan kaki pergi atau pulang dari sekolah.
Diharapkan suspek ‘mental’ ini dapat diberkas dengan segera dan sementara itu, ibu bapa diseru agar memastikan keselamatan anak-anak dengan tidak membiarkan mereka berjalan seorang diri. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment