Video: Ketua Polis Negara perjelas isu sebenar dan buru beberapa blogger isu kes Low yat

Video: Ketua Polis Negara perjelas isu sebenar dan buru beberapa blogger isu kes Low yat

Pihak Polis Di Raja Malaysia kini dikatakan giat memburu seorang blogger, Papagomo selepas didakwa menjadi punca penyebaran berita palsu sehingga mencetuskan perbalahan di Plaza Low Yat di sini.

Video: Ketua Polis Negara perjelas isu sebenar dan buru beberapa blogger isu kes Low yat
Video: Ketua Polis Negara perjelas isu sebenar dan buru beberapa blogger isu kes Low yat
Memetik laporan The Malaysian Insider, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata turut disiasat ialah seorang anggota polis yang dikatakan melepaskan rakan yang mengiringi suspek mencuri telefon berkenaan di mana telah menyebarkan cerita palsu mengenai kejadian itu. Tindakan anggota polis ini (melepaskan rakan suspek) tanpa merujuk pegawai kanan dia. Itu kita akan uruskan dia secara berasingan.

“Yang dibebaskan ini, balik buat cerita kata dia ditipu, ini diada-adakan, dan sebagainya. Dan ia digembar-gemburkan dalam media sosial.

“Dan antara yang membuat cerita yang tidak betul ini ialah Papagomo, dan beberapa orang lagi. Dan saya arahkan mereka semua ini ditangkap,” katanya pada sidang media di Plaza Low Yat sewaktu melawat bangunan itu petang ini. - Hiburan.my

Saksikan Video penuh dibawah:

Post a Comment

Previous Post Next Post