Ada sekali dalam perjalanan balik ke Malaysia, saya duduk di sebelah seorang lelaki tua berbangsa Cina.
Uncle Cina Ini Cium Lantai Terminal KLIA Sambil Menangis... Apakah Yang Berlaku ?! |
Beliau membawa diri atas beberapa sebab, yang paling utama adalah kerana mengikut keluarga berpindah. Dan kedua, dia membawa hati yang lara kerana putus cinta dan bertekad tidak mahu memandang belakang lagi.
Setelah sekian lama, kerinduannya semakin kuat terhadap tanah airnya. Tidak ada sebab lain. Dia tiba-tiba mahu pulang.
Ketika kebun sawit mula kelihatan dari tingkap kapal terbang, ‘Uncle’ mula senyap dan dahi dia berkerut. Matanya tidak lepas dari memandang alunan hijau di bawah. Saya rasa emosinya sedang bercampur baur.
Setelah mendarat, sebelum bangun dari tempat duduk, kami bersalam-salaman dan menukar nombor telefon. Matanya kelihatan merah.
Ketika mula beratur mahu keluar dari perut kapal terbang, dia sudah tidak kelihatan.
Saya keluar dari perut kapal terbang sambil tersenyum pada pramugari warganegara Czech yang manis ayu menunggu di pintu kapal terbang sambil mengucapkan terima kasih walaupun kedengaran pelat.
Masuk ke dalam bangunan terminal, tiba-tiba saya ternampak ‘Uncle’ tadi sedang berdiri di tingkap terminal memandang ke luar. Dan tak semena-mena dia berlutut, kepalanya tertunduk. Dia membongkokkan badannya dan akhirnya terus mencium lantai.
Dia sedang mencium lantai terminal dalam keadaan bersujud… sambil tersedu-sedu menangis.
Rindu dendam pada tanah air, akhirnya terlerai. Saya terkesima seketika. Sebak.
Walau kita mungkin ada sebab dan alasan tersendiri kenapa kita memilih untuk tinggalkan kampung halaman, tetapi akhirnya, kasih dan cinta terhadap tanah tumpah darah itu lebih besar dan agung, lalu mengatasi segala sebab.
Dan akhirnya belut tetap akan pulang ke lumpurnya.
Love might hurt, overwhelming and drive us away, but finally, love will heal and somehow… bring you back.
Semoga Allah Taala sentiasa sejahterakan tanah air kami.
Ditulis dengan kebenaran penulis asal, iaitu seorang pengguna Facebook yang meminta untuk dirahsiakan namanya. Semoga negara kita sentiasa dilindungi dan sejahtera.
Post a Comment