PASIR MAS - Seorang lelaki berusia lingkungan 20'an parah di kedua-dua tangannya akibat letupan mercun buatan sendiri.
Tangan 'Saintis' Hancur Akibat Letupan Mercun Buatan Sendiri |
Akibat dari letupan itu, tangan kanan mangsa berkecai sehingga ke aras siku, manakala tapak tangan kirinya hancur dan hanya meninggalkan tulang.
Badan-badan mangsa juga cedera akibat tertusuk kaca hasil letupan dari mercun buatan sendiri itu.
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Kemalangan yang melibatkan mercun ini adalah yang ketiga di bulan ramadan ini. Ibu bapa diminta melarang anak-anak mereka bermain dengan mercun. - THEHYPEMEDIA.COM
Post a Comment