Sayunya Hati!!..'Maksu, Cukup Tak Duit Ni Untuk Beli Baju Kurung & Tudung Ibu?'

Sayunya Hati!!..'Maksu, Cukup Tak Duit Ni Untuk Beli Baju Kurung & Tudung Ibu?'

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan baru berusia 6 bulan tetapi sudah cukup sifatnya.

Sayunya Hati!!..'Maksu, Cukup Tak Duit Ni Untuk Beli Baju Kurung & Tudung Ibu?'
Sayunya Hati!!..'Maksu, Cukup Tak Duit Ni Untuk Beli Baju Kurung & Tudung Ibu?'
Yang kedua, saya mandikan anak kecil yang baru berusia 11 tahun. Saya mahu kongsi dengan teman-teman pasal anak kecil yang mulia ini.

Anak ini, anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, ibu saudara dan dua lagi adik perempuannya yang masih kecil. Bapanya pula sudah meninggal empat tahun yang lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah kerana demam panas. Apa yang menarik hendak dikongsikan bersama adalah cerita dari ibu saudaranya mengenai kisah beberapa hari sebelum arwah “pergi buat selamanya”.

Arwah asyik mengira duit-duit raya yang diperolehinya. Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehinggalah ditegur oleh ibu saudaranya.

"Abang nak beli apa?"

"Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?"

"Kenapa?"

"Takut kalau kita mati nanti, ibunya tak menutup aurat dan tidak berhijab,"

Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata.

Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota.

"Ibuku sayang, duit yang Along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut, tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu… Along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan keluarga kita semua. Sayang Ibu, ALONG"

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka, tidakkah kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya? Wallahua’lam.

Al-fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi berkongsi cerita ini selepas saya kafankan jenazah Along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa Along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah. -

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

My Media Hub

Post a Comment

Previous Post Next Post