SHAH ALAM, 22 Julai: "Beruk". Itulah gelaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada individu yang mengendalikan page Papagomo Original.
'Saya tak pernah WhatsApp dengan beruk ini' - Ketua Polis Negara |
Di dalam screenshot terbabit, KPN dikatakan meminta rasuah sebanyak RM20,000 dari Papagomo yang ditahan berikutan menyebar berita palsu insiden Low Yat baru-baru ini.
Bagaimanapun, KPN menafikan dakwaan itu sekeras-keransya dan memanggil 'Papagomo' itu beruk.
“Saya tak pernah WhatsApp dengan individu ini, beruk ini.
“Peguamnya membuat laporan mendakwa laman Facebook yang memaparkan ‘screenshot’ ‘perbualan kami’, bukan akaun Papagomo,” katanya dalam sidang akhbar di i-City, Shah Alam memetik laporan dari TheRakyatPost.
Screenshot itu memaparkan Papagomo meminta untuk berunding jumlah berapa yang perlu dibayar untuk menyelesaikan kes "Lowyat" itu.
Bagaimanapun, admin page Papagomo original telah pun memadam screenshot terbabit.
Status yang telah dipadam oleh page Papagomo Original.
Sebelum ini, Papagomo telah ditahan polis setelah menyebarkan satu gambar palsu mengenai pergaduhan Lowyat. - Siakapkeli.my
Post a Comment