Remaja Bertatu Dapat Hidayah Mahu Dalami Ilmu Agama

Remaja Bertatu Dapat Hidayah Mahu Dalami Ilmu Agama

ALHAMDULILLAH..sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Mengampuni.

Hidayah dan petunjuk-Nya sememangnya untuk sesiapa sahaja yang mencari serta mengiinginkannya. Seburuk mana atau sejahat mana pun perkara yang pernah dilakukan, jika seseorang itu ingin berubah maka Allah pasti akan membuka pintu hatinya untuk menyelami keindahan Islam itu sendiri.

Remaja Bertatu Dapat Hidayah Mahu Dalami Ilmu Agama
Remaja Bertatu Dapat Hidayah Mahu Dalami Ilmu Agama
Sama seperti kisah viral yang dikongsikan oleh seorang individu yang menggunakan nama Ali Rusia di laman sosial facebook ini.

Beliau telah menceritakan seorang remaja yang bertatu diberi petunjuk untuk menyelami dan mendalami ilmu agama serta mahu meninggalkan zaman silam yang pernah menghantui dirinya.

Coretan beliau di laman sosial itu ternyata menarik perhatian orang ramai dan pengguna sosial yang membaca cerita yang dikongsikan itu.

Baca hasil perkongsiannya di bawah ini, ternyata tiada diskriminasi terhadap umat yang dahulunya mungkin jahil dalam urusan agama, namun mahu kembali ke jalan yang benar selepas menerima petunjuk-Nya.



Alhamdulillah bhai, setiap manusia mempunyai sejarah kehidupan sendiri, sehinggakan bapa kita Nabi Adam pun melakarkan sejarah menjadi iktibar malah di ketahui oleh semua manusia di muka bumi hatta mereka bukan orang yang mempunyai kepercayaan.

Sejarah silam boleh di ungkit dan di cungkil untuk di jadikan iktibar serta tauladan bukan untuk di lihat dan di war warkan sebagai keburukan, bagi mereka yang memahami akan maksud islah diri maka setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya bila melihat seseorang yang dahulunya jauh dari agama maka dia akan berkata “Subhanallah” atau Allahuakhbar atau sekurang kurangnya Alhamdulillah….ini lah manusia yang hatinya bersih melihat kebaikan walaupun di hadapannya terpampang keburukan sejarah silam.

Cerita

Satu ketika seorang anak remaja telah di bawa ke bilik Masyaikh (Orang yang berilmu) dan di perkenalkan kepada beliau, Masyaikh tersebut telah menyambut anak muda tadi dengan gembira dan mengarahkan Khadimnya menyediakan minuman.

Anak muda tadi di santuni dengan layanan istimewa lalu lelaki yang membawanya berkata kepada Masyeikh tersebut….”Maulana (Guru) dahulunya anak muda ini seorang yang nakal tetapi kini beliau ingin belajar agama, boleh kah beliau di terima untuk belajar agama”

Maka jawab Masyeikh tadi…

“Masyallah, keputusan yang bijak, sudah pasti kita terima malah Allah akan suka kepada anak muda yang mahu belajar agama…senakal mana pun kita seburuk mana pun kita maka bila kita ambil agama maka Allah akan tukar setiap keburukan yang kita buat menjadi kebaikan dan sekiranya kamu mati semasa kamu di dalam belajar agama maka mati kamu pasti akan Allah redha dan kamu akan di masukkan kedalam syurga…Insyallah”

Indahnya kisah yang dikongsikan ini, semoga coretan ringkasnya di laman sosial facebook ini mampu membuka mata setiap orang bahawa tiada yang akan dapat menghalang seseorang itu untuk bertaubat sekiranya ia diizinkan Allah s.w.t.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post