Pulak, Boleh Ke Macam Tu? 'Hospital Ipoh Ikat Peranakan Isteri Tanpa Persetujuan' - Luahan Hati Suami

Pulak, Boleh Ke Macam Tu? 'Hospital Ipoh Ikat Peranakan Isteri Tanpa Persetujuan' - Luahan Hati Suami

Pada beberapa hari lepas wife saya telah selamat melahirkan cahaya mata pengarang jantung hati saya yang kedua di hospital raja permaisuri bainun di ipoh (ceaser).

Pulak, Boleh Ke Macam Tu? 'Hospital Ipoh Ikat Peranakan Isteri Tanpa Persetujuan' - Luahan Hati Suami
Pulak, Boleh Ke Macam Tu? 'Hospital Ipoh Ikat Peranakan Isteri Tanpa Persetujuan' - Luahan Hati Suami
Sewaktu saya menunggu detik wife saya dari dalam labour room lagi saya tidak berpuas hati kerana sewaktu saya meneman wife saya yang sedang kesakitan untuk melahirkan anak saya turut berjuang bersama (kedengaran seperti melawak) saya terpaksa bertepuk tangan di dalam lobour room tersebut menampar nyamuk yang banyak berterbangan di keliling wife saya. Bagaimana boleh ada banyak nyamuk di dalam bilik lobour room? Sedangkan hospital tersebut bukannya berada berhampiran hutan. Ditambah lagi sakitnya hati saya setelah wife saya melahirkan anak kemudian mereka ditempatkan kedalam wad.

Disitu anak kecil saya umur baru beberapa jam telah dirasmikan dengan berekor nyamuk. Seperti nyamuk2 disitu membuat kenduri/berpesta. Sedangkan jabatan kesihatan kerap membuat dan gemar untuk menyaman premis2 luar berkenaan dengan nyamuk/jentitik2 tapi bagaimana di hospital sendiri boleh menternak bukan hanya seekor, puluh ekor mungkin beratus ekor nyamuk kemungkinan disitu. Bila kita mengadu pihak mereka akan tarik muka konon kita hendak menuduh mereka. Bila kita viralkan mereka kata kita membuat2 cerita. Jika xpercaya try la check in di wad berikut. Ini baru hospital raja permaisuri bainun.

Setelah wife saya dibenarkan untuk discharge, anak saya pula telah didapati kuning dan kemudiannya dimasukkan ke dalam wad kanak2 hospital kuala kangsar. Disini lain pula ceritanya, setiap masa waktu melawat saya akan tiba dihospital untuk menemani wife saya dan menhantar bekalan agar dia tidak akan merasa kesunyian dan kekurangan manakala anak sulung saya terpaksa saya tinggalkan kepada mertua saya. Pada suatu ketika wife saya mengadu kepada saya mengatakan pedih pada luka ceaser dia. Kemudian dia merasakan seperti ada cairan yang keluar pada luka tersebut. Pada tengah malam wife saya telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa pihak hospital telah menyatakan semasa oprate di hospital ipoh untuk kali kedua ini pihak hospital ipoh telah ikat teros peranakan wife saya melalui buku pink wife saya.

Saya merasa amat terkejut dan tersentap sedangkan saya dan wife tidak diberitahu sebarang maklumat berkenaan perkara berikut sewaktu di ipoh. Pada keesokan harinya doktor telah double check buku pink tersebut dan menyatakan pihak dia tersalah info bahawa proses ikat peranakan akan dilakukan bagi oprate untuk kali ketiga. Mengapa pihak hospital begitu mudah memberi andaian begitu tanpa memeriksa dengan teliti?

Setelah itu saya berasa sungguh marah dan berjumpa dengan doktor tersebut untuk bertanyakan bila wife saya boleh discharge kemudian doktor menjelaskan kepada saya dan saya terima penjelasan doktor tersebut dan terus sabar menunggu. Keesokan harinya wife saya dibenarkan discharge. Pada tengaharinya saya membawa wife saya pulang dan teros lapor kepada klinik terdekat untuk membuat lawatan lanjutan. Kemudian sewaktu diklinik desa nurse tersebut amat terkejut kerana luka pada ceaser wife saya telah terbukak sedikit dan menyatakan keadaan tersebut bahaya dan minta saya membawa wife untuk membuat pemeriksaan di klinik pekan dimanong yang mempunyai doktor. Disana doktor menyatakan tiada ap2 masalah dan hanya diberikan antibiotik sahaja. Kemudian saya menghantar wife saya pulang dan saya terpaksa pulang kerumah saya di port dickson untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Jarak port dickson ke kuala kangsar bukan satu jarak yang dekat lagi2 hampir menjelang musim perayaan. Minyak bukannya air dengan gst dan harga minyak yang telah meningkat bukan satu perkara yang mudah untuk saya hadapi lagi2 perbelanjaan ulang alik yang telah saya hadapi, ditambahkan lagi gaji untuk bulan akan datang amat perit untuk saya hadapkan. Sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke PD wife saya telah menghubungi saya menyatakan dia telah menghubungi ambulans kuala kangsar kerana darah telah keluar pada luka wife saya tanpa henti. Sekarang wife saya telah dimasukkan semula ke wad sedangkan baru beberapa jam tidak sampai suku hari wife saya keluar dari wad dimana doktor mengesahkan tiada ap2 masalah pada wife dan anak saya.

Pagi ini saya akan pulang ke kuala kangsar untuk berjumpa dengan pihak berkenaan dengan membawa seribu masalah yang telah wife saya hadapi. Ada satu tahap kita benar2 boleh hilang sabar dengan tindakan mereka yang sambil lewa. Orang kenal kemesraan dan keceriaan kita tapi hanya segelintir orang yang mengenali amarah tersebut. Dengan berkat doa dan nasihat mak saya akan saya pegang bawa berjumpa pihak berkenaan pagi ini. Ap tindakan perlu saya ambil? Itu yang memberikan seribu tanda tanya kepada diri saya sendiri. BM

Post a Comment

Previous Post Next Post