Selera Sahur Terbantut Beli Lemang Isi Katak Hangus Di Bazar Ramadhan

Selera Sahur Terbantut Beli Lemang Isi Katak Hangus Di Bazar Ramadhan

NIAT sepasang suami isteri dari Kuala Lumpur untuk bersahur terbantut apabila lemang yang dibeli untuk dijadikan santapan sahur mengandungi bahan tambahan lain iaitu seekor katak hangus!

Selera Sahur Terbantut Beli Lemang Isi Katak Hangus Di Bazar Ramadhan
Selera Sahur Terbantut Beli Lemang Isi Katak Hangus Di Bazar Ramadhan
Farah Adila yang berkongsikan gambar makanan tersebut di laman Facebooknya menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.

Memetik keterangan yang ditulis Farah Adila dalam foto yang dimuat naiknya itu, “terbantut sahur si suami.. Gara-gara makhluk ini yang elok parking dalam lemang yang dibeli kat bazar semalam. Kecut perut laki bini. Terus loya nak makan apa pun.”

Sementara itu memetik portal Rakyat Post, Farah mengatakan dia membeli lemang di bazar ramadan Jalan Kuching.



“Suami saya memang suka makan lemang dan kebetulan kami nampak gerai jual lemang dan kami beli tiga batang.

“Lepas kenyang berbuka puasa dengan juadah lain, kami tangguh makan lemang untuk waktu sahur.

“Lemang yang ada katak tu merupakan lemang pertama yang kami potong,” katanya yang tidak menjamah dua lagi lemang kerana sudah kehilangan selera melihat lemang berperisa katak.

Di bulan mulia ni, para peniaga janganlah hanya mementingkan keuntungan semata-mata sebaliknya kebersihan dan kualiti makanan yang dijual perlulah sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersih.

Kalau tak, jadilah macam kes ni!

Harapnya semua peniaga ambil pengajaran dari kes ni agar hal sebegini tidak lagi berulang di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post