Pasangan Suami Isteri Dianggap Berzina Sepanjang Perkahwinan Mereka JIKA?

Pasangan Suami Isteri Dianggap Berzina Sepanjang Perkahwinan Mereka JIKA?

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.

Pasangan Suami Isteri Dianggap Berzina Sepanjang Perkahwinan Mereka JIKA?
Pasangan Suami Isteri Dianggap Berzina Sepanjang Perkahwinan Mereka JIKA?
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zin@ sampai bila-bila… Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan
TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL…
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA…HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah , cepat cepat dikahwinkan. .

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila…

.
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan..

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk
menuntut apa-apa daripada ayahnya..

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang
sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain
sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

dari-USTAZ ROSLI AL HAFIZ.
ustaz,
Sila beri komen dan pandangan mengenai artikel diatas.
sekian,
Azman

lelaki melainkan bekas suaminya sahaja (ruju ).

Jawapan bagi soalan 2:
Lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan dirinya hamil boleh bernikah
dengan dirinya pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu
kandungannya dilahirkan terlebih dahulu.

Jawapan bagi soalan 3:
Perkahwinan mereka adalah sah sekiranya memenuhi rukun-rukun nikah yang
ditetapkan di dalam Islam.

Jawapan bagi soalan 4:
Setelah bernikah, bertaubatlah dengan taubat nasuhah di atas segala
keterlanjuran yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Anak gadis tersebut tidak perlu untuk menunggu kandungannya dilahirkan
terlebih dahulu. Dia boleh terus berkahwin dengan mana-mana lelaki
sekalipun dan selayaknya dia berkahwin dengan lelaki yang menyebabkan
dirinya mengandung.

Jawapan bagi soalan 5:
Keadaan mereka sudah menepati tuntutan Islam. Perkahwinan mereka adalah
sah di sisi syariat dan perlu diingatkan bahawa Lelaki yang baik hanya
untuk perempuan yang baik, dan begitu juga sebaliknya (lelaki yang jahat
hanya untuk wanita yang jahat juga) .

Jawapan bagi soalan 6:
Bagi anak luar nikah, dia tidak ada sebarang hubungan dengan lelaki yang
menyebabkan dirinya lahir ke dunia. Segala keperluan dan kebajikannya
adalah di bawah tanggungan ibunya.

Jawapan bagi soalan 7:
Lelaki tersebut tidak ada sebarang hubungan atau ikatan dengan anak
zinanya itu. malahan dia boleh mengahwininya jika dia mahu.

Jawapan bagi soalan 8:
Mereka perlu bernikah dengan segera. Tidak perlu untuk menunggu anak gadis
tersebut melahirkan anaknya terlebih dahulu.

Jawapan bagi soalan 9:
Anda perlu nasihatkan mereka dan sedarkan tentang kesilapan dan dosa yang
telah mereka lakukan. Suruhlah mereka segera bertaubat dan
bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi.
Nota:

– Anak daripada pasangan tersebut (yang sah taraf) adalah nasab bagi
lelaki tersebut. Dia bukan anak luar nikah melainkan anak yang sedang
dikandungnya itu (hasil zina yang telah dilakukan).

– penulis artikel ini tersalah faham. Kaum wanita yang tidak boleh
dikahwini semasa dirinya mengandung hanyalah bagi isteri yang sedang
mengandung yang diceraikan oleh suaminya. Manakala bagi kaum wanita yang
selain daripada itu, mereka boleh berkahwin sekalipun sedang mengandung.
Wallahu ‘alam.

Jawapan
Kesemua jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan adalah tidak benar
dan jauh sekali daripada kebenaran.

Bagi anak gadis yang mengandung hasil daripada perzinaan, perkahwinan
mereka dengan lelaki yang bertanggungjawab adalah sah selama pernikahan
mereka memenuhi rukun-rukun nikah dan memenuhi segala syarat-syaratnya.
Berikut adalah jawapan yang sebenarnya bagi kesemua soalan-soalan dalam
artikel tersebut:

Jawapan bagi soalan 1:
Anak gadis tersebut perlu bertaubat dengan taubat nasuhah dan disiasat
siapakah lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan dirinya hamil.
Jawapan yang terdapat pada artikel tersebut seolah-olahnya anak gadis
tersebut seperti seorang janda yang sedang mengandung yang tidak boleh
berkahwin dengannya sehinggalah dia melahirkan anaknya itu. hal ini
berikutan dia masih berada dalam eddah suaminya. Bagi wanita yang hamil,
tempoh eddahnya akan berakhir apabila dia melahirkan kandungannya itu.
disepanjang tempoh eddah, mereka tidak boleh berkahwin dengan mana-mana

Mengenai pengirim
@PostMetro -

Post a Comment

Previous Post Next Post