Murid Perempuan Orang Asli Dakwa Diikat, Ditendang, Dipukul 3 Guru

Murid Perempuan Orang Asli Dakwa Diikat, Ditendang, Dipukul 3 Guru

SEORANG murid Tahun 4 berketurunan Orang Asli dari suku kaum Temiar dilaporkan telah diikat, dipukul dan ditendang oleh tiga guru lelaki selepas dituduh mencuri wang salah seorang guru berkenaan.

Murid Perempuan Orang Asli Dakwa Diikat, Ditendang, Dipukul 3 Guru
Murid Perempuan Orang Asli Dakwa Diikat, Ditendang, Dipukul 3 Guru
Kejadian yang berlaku pada 15 Jun lalu ini mengejutkan ramai setelah didedahkan oleh Centre for Orang Asli Concern’s (COAC) menerusi laman Facebok.

Akibat kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Siti Nur Azdilia dari Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan mengalami lebam di wajah, lengan dan paha.

Penyelaras COAC, Dr. Colin Nicholas berkata tindakan menghukum kanak-kanak perempuan itu tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak wajar.

“Dia dituduh mencuri. Kami tidak tahu jika ia benar tetapi kalau benar pun, ini bukan cara yang betul mengendalikannya,” kata Nicholas dalam posting di laman Facebook COAC.

Berikutan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 27 Jun lalu.

Hal tersebut membuatkan wakil pihak sekolah dan guru besar memohon keluarga mangsa menarik balik laporan polis berkenaan.

Atas perbincangan bersama keluarga mangsa, wakil suku kaum Temiar dan pemimpin masyarakat Kampung Parik, mereka turut melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi pemimpin Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) pada 23 Jun 2015.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sumber polis mengesahkan kejadian dan ia kini sedang disiasat.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan hari ini telah mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas dakwaan ini.

Timbalannya, P. Kamalanathan berkata dia telah mengarahkan pegawai pendidikan untuk menyiasat dan menghantar laporan interim secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post