Saya seorang isteri yang pernah dicurangi oleh suami. Walaupun perkara ini sudah lama berlalu, tetapi saya sedikit pun tidak pernah melupakan perkara itu.
Luahan Hati Seorang Isteri Yang Masih Tidak Dapat Melupakan Kecurangan Suaminya |
Hati saya hiba, sebak dan terluka.
Di sini saya ingin meluahkan apa yang saya rasa dan memohon kepada wanita-wanita yang sedang bercinta dengan suami orang, apa lagi jika telah merancang untuk membina keluarga bahagia bersama dengan lelaki bernama suami kepada wanita lain.
Saya tahu dan mengakui lelaki memang ada empat kuota, tetapi anda semua ada perasaan dan naluri yang sama seperti wanita lain.
Cukuplah kerana peristiwa ini, impaknya sangat mendalam pada diri saya. Kasihanilah isteri yang telah bersusah payah bersama suaminya selama ini. Isteri diuji saat suami tidak memiliki apa-apa dan suami diuji saat dia memiliki segala-galanya.
Saya seorang isteri yang setia, tidak pernah saya mencurangi atau mengeluh di saat sama-sama susah. Dahulu kami bahagia kerana kami saling cinta mencintai. Namun, apabila hidup semakin selesa, mengapalah dia mudah untuk berubah?
Walaupun saya bersyukur suami telah kembalikan hati dia kepada saya, tetapi sedarkah suami bahawa hati saya telah pergi separuh darinya?
Sehingga ke hari ini, adakalanya saya terasa ingin saja membawa diri dan haluan sendiri kerana di hati saya sudah tiada lagi cinta padanya lagi seperti dulu.
Saya sangat-sangat keliru. Jika saya pergi membawa diri, tidak mungkin saya akan kembali lagi kepadanya. - Isteri terluka. - beritamalaysia
Post a Comment