Kisah Lelaki Buta Berjubah Putih Duduk Dikaki Lima Bersama Nasi Kosong Tarik Perhatian

Kisah Lelaki Buta Berjubah Putih Duduk Dikaki Lima Bersama Nasi Kosong Tarik Perhatian

KISAH ini awalnya dikongsikan seorang netizen yang dikenali sebagai Syafiq Yazid J pada Januari lalu menerusi laman Facebooknya namun kembali menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Kisah Lelaki Buta Berjubah Putih Duduk Dikaki Lima Bersama Nasi Kosong Tarik Perhatian
Kisah Lelaki Buta Berjubah Putih Duduk Dikaki Lima Bersama Nasi Kosong Tarik Perhatian
Pengalamannya bertemu dengan seorang lelaki tua cacat penglihatan yang sedang menjamah nasi kosong di Jalan Tunku Abdul Rahman menarik perhatian ramai yang tersentuh akan nasib lelaki tua itu.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila mengetahui perilaku anak lelaki tua tersebut yang tergamak memaksa si bapa yang buta mencari wang dengan meminta derma di ibu kota.

Simpati dengan nasib lelaki tua itu, Syafiq menawarkan untuk membelikan sebungkus nasi ayam kepadanya meskipun pada awalnya ditolak.

Malah, Syafiq mengakui menitiskan air mata selepas mendengar respon lelaki tua itu ketika dia membantu menyuapkan makanan kepadanya.




“Dia menolak dan mengatakan dia tak mampu untuk membayar. Saya jelaskan kepadanya, saya ikhlas. Pak cik tidak perlu bayar. Kemudian Saya belikan sebungkus nasi ayam.

“Saya suapkan ke mulutnya. Menitis air mata saya bila lelaki itu berkata, anak terima kasih, pak cik tak mampu nak balas. Anak-anak pak cik tak pernah suapkan makanan kepada pak cik, pak cik sedih.

“Saya tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir. Lelaki tua terus memeluk saya,” ceritanya.

Menerusi perbualan, lelaki tua itu memaklumkan dia berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Berikutan itu, ramai yang menzahirkan perasaan simpati dan berharap semoga nasib lelaki tua ini dapat dibantu oleh pihak berwajib. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post