Kisah Hidup Suspek Pencuri Telefon Di Low Yatt Yang Pasti Buat Anda Terkejut

Kisah Hidup Suspek Pencuri Telefon Di Low Yatt Yang Pasti Buat Anda Terkejut

Kisah ini diceritakan sendiri oleh peguambela Shahrul Anuar Di Facebooknya.

Kisah Hidup Suspek Pencuri Telefon Di Low Yatt Yang Pasti Buat Anda Terkejut
Kisah Hidup Suspek Pencuri Telefon Di Low Yatt Yang Pasti Buat Anda Terkejut
Saya mengunjungi rumah keluarga salah seorang suspek kes Low Yatt yg bakal di tuduh mencuri pada hari ini jam 1.30 pagi tadi bersama beberapa orang sahabat.

Kedua ibu bapa beliau OKU iaitu bisu. Melalui perantara si abang dan si kakak, saya harap mesej saya kepada bapa tertuduh jelas di fahami oleh beliau.

Pakcik jangan bimbang, sebagai Peguam saya dan ahli-ahli pasukan Peguam sukarela akan memberikan pembelaan terbaik kepada anak pakcik dan kami akan cuba mendapatkan ikat jamin anak pakcik agar dia boleh berhari raya bersama keluarga.

Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini, Sabtu lepas.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Majistret Nur Aminahtul Mardiah Noor Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula.
Terdahulu, Shahrul Anuar mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dua kali.

“Iya…tapi tidak ada barang kes,” katanya.

Nur Aminahtul Mardiah kemudian menanya peguam Shahrudin Ali yang mewakili tertuduh, sama ada beliau telah menasihatkan anak guamnya berhubung pertuduhan itu.

Shahrudin berkata: “Pengakuan bersalah tertuduh mengejutkan saya kerana saya telah nasihatkannya supaya tidak mengaku bersalah,” katanya.

Shahrul Anuar kemudian menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca kali ketiga.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim mencadangkan jaminan ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Shahrudin bagaimanapun memohon supaya jaminan dikurangkan.

“Anak guam saya merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Dia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (bisu). Dia juga merupakan pesalah muda,” katanya.

Kedua iba bapanya hadir di mahkamah. – BERNAMA / BM

Post a Comment

Previous Post Next Post